Umur sudah mencapai 30, jawatan sebagai seorang pegawai di sebuah syarikat sudah cukup membanggakan bagi setengah orang. tapi bagiku cuma biasa2 betul cakap orang kita kena bersyukur dengan apa yg Allah SWT kurniakn pada kita samada dugaan atau nikmat dua2 adalah ujian daripada ilahi,bukanlah bermaksud aku tidak bersyukur atau riak dengan nikmat yang ada tetapi semangat untuk memperbaiki diri masih tinggi
Bagiku selagi aku masih sihat dan sisa2 tenaga yg dipinjamkan masih ada aku tidak akan berhenti,menjadi pelajar semula bukanlah satu keputusan yang mudah hampir beberapa bulan ini perkara ini sahaja yg aku pikirkan. bukan mudah untuk meletakan sumber kewangan yang hampir cukup2 makan ini untuk digunakan bagi menyambung pelajaran. akan aku pastikan ia bukan pelaburan yang sia2.
Mungkinkah 2017 menjadi pemangkin atau batu loncatan bagi kerjayaku selama ini... secara jujurnya aku tidak tahu yang pasti menuntut ilmu adalah satu ibadah dan tiada ibadah yang sia2 disamping kita mencari keredhaan kita juga dapat memperbaiki diri untuk menambah modal insan pada masyarakat islam khasnya.
YANG AKU PASTI 2017 AKU AKAN BEGELAR SEORANG PELAJAR UNIVERSITI
INSYAALLAH......
No comments:
Post a Comment